Ahad, 24 Disember 2023

KEKURANGAN DOKTOR SABAH PERLU DITANGANI SEGERA

"Kekurangan doktor dibeberapa hospital dalam negeri ini perlu ditambah seberapa segera bagi menampung keperluan pesakit setiap hari" 

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Sabah. Kerajaan negeri perlu meminta kerajaan pusat menambah kekurangan DOKTOR BERTUGAS dibeberapa hospital dalam negeri ini sejak beberapa bulan yang lepas. 

Kejadian tersebut dirasai pe

sakit semasa mendapat rawatan dibeberapa hospital kerajaan sehingga menunggu 2 hingga 3 jam dilaporkan berpunca dari kekurangan DOKTOR  bertugas, kes seumpama sangat merbahaya malah boleh menjejaskan kesihatan terhadap pesakit yang menunggu rawatan terlalu lama apa tak lagi golongan pesakit yang menjalani puasa.

Semua hospital kerajaan dinegeri Sabah seharusnya dipantau oleh kerajaan Sabah sepanjang masa dan jika berlaku kekurangan DOKTOR tindakan menambah perlu dilakukan segera, bayangkan lah jika pesakit bersesak menunggu rawatan dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari  sudah pasti memberi tekanan emosi bukan sahaja kepada pesakit sendiri malah turut dirasai pihak keluarga yang menunggu pesakit terlibat. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan