Isnin, 25 Disember 2023

PARTI BARU LAGI MULA DIPERKENAL

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Satu lagi parti baru dilapor mula memperkenalkan pelbagai warga pengundi dalam 73 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 25 kerusi parlimen dipercayai persediaan dalam pilihan raya negeri akan datang.

Parti berkenaan dilaporkan mendapat sambutan dikalangan warga yang sudah tidak ada parti masa kini dan memulakan langkah promosi pertama sekitar kawasan Sandakan, pertambahan parti baru ini bakal memecahkan lagi pengundi warga Sabah yang mewakili etnik kaum berdasarkan siapa presiden parti terlibat selepas pelancaran rasmi kelak.

Menurut sumber tokoh tokoh politik Sabah parti terbaru berkenaan dikenali sebagai PARTI IMPIAN SABAH (PIS) yang belum ada pelancaran rasmi, adakah parti tersebut bakal menyertai PGRS atau BN dan PH belum ada sebarang maklumat dari presiden parti sehingga hari ini walaupun mula tersebar awal December 2023.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan