Khamis, 14 Disember 2023

MINYAK BERSUBSIDI DIJUAL TINGGI

(Pihak Berkuasa Dalam Negeri Sabah Diminta Membantu Rakyat Bagi Membenteras Penjual Minyak Masak Pek Bersubsidi Antara Harga RM3.50 Hingga RM4.50 Satu Pek) 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Penduduk Sabah memohon kepada kerajaan negeri memperkasa operasi merela memantau penjualan Minyak Masak Pek Bersubsidi dengan terlalu tinggi, ini berlaku disebabkan wujud taikun berurusan dikilang kilang pembekal minyak terlibat bagi memberi yang banyak kepada mereka yang golongan makan tulang.

Selain TAIKUN membekal penjual ditamu mingguan seluruh Sabah  TAIKUN ini juga membekalkan seorang dua orang disetiap kampung bagi menjual minyak tersebut untuk golongan rakyat susah tanpa pendapatan, namun apabila minyak pek bersubsidi sudah dijual harga antara RM3.50 hingga RM4.50 satu pek warga miskin juga tidak boleh berdiam diri yang seolah olah menjatuhkan imej kerajaan pusat lapor mereka.

Menurut pemerhati politik tempatan kes ini perlu ditangani semua pihak dalam kepimpinan kerajaan terutama gerakan diperingkat pejabat UPPM Setiap Dewan Undangan Negeri, Semua Ketua Ketua Kampung, Semua Unit JPKK atau JKKK masa kini perlu memantau dikawasan kampung tanggongjawab masing masing.

Hindari perbuatan berlaku didepan mata selaku pemimpin kerajaan diperingkat bawahan namun sengaja berdiam diri umpama tidak nampak menyebabkan orang naik tocang melakukan perbuatan memburu keuntungan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan