Selasa, 26 Disember 2023

BENARKAH SABAH BANYAK CDO?

Oleh. Williem Anak Lagau

Sabah. Isu perlantikan banyak CDO dibawah naungan PPM setiap Dewan Undangan Negeri ini sangat mengejutkan warga seluruh Sabah.

Ada juga ahli parti politik tempatan mendedahkan setiap CDO dalan satu adun berlainan parti politik memiliki watikah perlantikan dari kerajaan Sabah, ianya jika benar adalah satu rekod terbaru kerajaan Sabah dimana 73 DUN memiliki 146 CDO jika semua diberi perlantikan oleh kerajaan negeri Sabah.

Isu ini hangat diperkatakan oleh penduduk negeri Sabah dimana ianya disifatkan luar biasa sejak sekian lama belum pernah terjadi dalam dewan undangan negeri, jika benar ada DUA ORANG CDO disetiap satu kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kerajaan masa kini perlu menjelaskan pada rakyat yang mengundi dalam setiap  kali pilihan raya.

Isu DUA ORANG CDO dalam setiap satu kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah dilaporkan oleh beberapa penduduk sekitar Inanam, Likas dan Kota Kinabalu hari ini, majoriti warga pengundi Sabah masa kini hairan dengan kewujudan DUA PENYANDANG CDO disetiap satu kerusi Dewan Undangan Negeri ujar penduduk setempat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusanengurus 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan