Jumaat, 15 Disember 2023

JALAN PAN BORNEO SARAWAK TERPUJI

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sarawak. Pembinaan Jalan Raya Pan Borneo Sarawak cetusan idea Datuk Seri Najib Tun Razak 

Mantan Perdana Menteri Malaysia berjaya disiapkan lebih tinggi oleh kerajaan Sarawak, ianya dijangka bakal dibuka pada April 2024 namun ada juga persoal mengapa tidak serentak penyiapan nya bagi Jalan Raya Pan Borneo yang merentasi Sabah ujar mereka.

Projek Pan Borneo di Ilhamkan oleh Kerajaan Barisan Nasional Pusat pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mantan Perdana Menteri Malaysia masa dirancangkan perlaksanaan nya, kini Sarawak hampir siap Jalan Pan Borneo untuk digunakan seluruh penduduk Sarawak dan Sabah namun Pan Borneo Sabah dilaporkan masih lama lagi untuk dibuka.

Dalam konteks laluan Jalan Raya Pan Borneo Sarawak dan Sabah masih ramai mengenang jasa baik Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengilhamkan projek terbesar ini,  namun tidak dinafikan projek ini ada juga penduduk dan segelintir orang politik Sabah yang tidak mengenang perjuangan pengasasnya sehingga kini melompat kepada parti parti yang baru.

Untuk rekod, ramai ahli parti UMNO di Sabah sudah meninggalkan parti tersebut semata mata mendapatkan sesuatu imbuhan khususnya jawatan didalam parti baru yang memerintah, hanya mereka yang setia terhadap perjuangan UMNO dan BN bertahan sebagai menghormati perlaksanaan JALAN RAYA PAN BORNEO yang ditunggu mereka sejak 1963 kini Sarawak bakal membuka tahun 2024 kelak.

Apapun negeri Sarawak terus teguh dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersama sama BN dan UMNO bagi membentuk kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia masa kini, sehubungan dengan pendedahan ini rakyat Malaysia di Sarawak dan Sabah perlu membuka mata melihat keupayaan kerajaan sejak 1963 hingga hari ini siapa yang banyak membangun Sarawak dan Sabah.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan