Sabtu, 30 Disember 2023

PAPARAZI LANGKAH DUBAI

"Ramai Warga Malaysia Melancong Di Dubai Urusan Perniagaan Dan Riadah Bersama Keluarga Mereka"

Oleh. Helary Sukiono 

Dubai. Cerita Langkah Dubai oleh pempolitik Malaysia baru baru ini memangnya panas hingga tersebar segala LANGKAH DUBAI  yang nyata mungkin sekadar makan angin bersama keluarga atau teman teman terdekat mereka.  

Siapakah perancang Langkah Dubai ini dan berapa ramai Ahli Parlimen Malaysia yang menginap dibandar Dubai bagi menggulung kerajaan masa kini?, tentu sekali warga Malaysia ingin tahu cerita sebenar di sini hingga PAPARAZI  MT kru Indonesia menyusuri Dubai namun tidak menemui kumpulan MP Malaysia dibandar ini masa kini.

Beberapa ahli perniagaan Malaysia dibandar ini ketika ditemui mendakwa Langkah Dubai sengaja direka bagi memperkukuhkan agenda politik mereka masing masing, ia juga mengalihkan perhatian terhadap rakyat dikawasan masing masing agar tidak menuntut pembangunan sehingga pilihan raya akan datang bagi menunggu kejayaan Langkah Dubai. 

Dalam konteks ini rakyat terus menunggu drama Langkah Dubai orang politik tanpa ada isu tuntutan projek pembangunan dikawasan mereka masing masing, cukup bijak politik mereka mengaburi rakyat dengan teknik rancangan teliti Langkah Dubai walaupun tidak ada kelibat lebih 30 MP Malaysia  berada dibandar ini sampai hari ini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan