Isnin, 18 Disember 2023

SEMUA KERUSI DUN SABAH PANAS?

"Pengundi Setiap Dun Sabah PRN akan datang perlu bijak memilih WAKIL RAKYAT YANG JUJUR pada semua pengundi kawasan masing masing" 

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Sebanyak tujuh puluh tiga kerusi DUN negeri ini bakal dipertandingkan didalam PRN akan datang dijangka tahun 2024 terus diramal panas dengan sikap segelintir ahli ahli  parti diperingkat bawahan yang mendepani rakyat jelata.

Ramai warga pemerhati politik veteran meramalkan terlalu sukar menilai kejujuran, kebertanggongjawaban  serta pembelaan mereka terhadap rakyat yang susah dalam kawasan masing masing melainkan sekadar mempertahankan jawatan masing masing.

Setiap kerusi DUN  yang bakal dipertandingkan ramai parti politik yang menyusun jentera mereka masa kini, namun sebilangan jentera bawahan mereka adalah orang orang yang menafikan hak rakyat yang dijanjikan berulangkali tahun tahun yang lalu.

Tidak dapat dipastikan mengapa golongan pemimpin tertinggi parti  masing masing, masih menerima jentera seumpama tanpa berani menggugurkan orang yang pernah mengguris hati rakyat, sehingga calon dipertaruhkan lepas tewas dan ada yang hilang wang pertaruhan.

Setiap 73 kerusi Dun Sabah memiliki sejarah hitam setiap parti yang bertanding  berserta jentera kepimpinan bawahan mereka,  namun setiap menjelang pilihan raya ramai pemimpin bahagian yang suka membawa jentera bawahan yang ditolak pengundi masa lalu, ianya dilaporkan senang diarah buat pelbagai kerja dan menemui rakyat jelata penuh tebal telinga walau ditolak rakyat jelata.

Dalam PRN 2024 yang dijangka rakyat Sabah perlu bijak memilih kepimpinan parti yang tidak menyimpan jentera bawahan berulangkali menafikan hak mereka,  sebaik sahaja calon menang orang bawahan sama bakal dilantik pelbagai jawatan yang merugikan semula warga pengundi setempat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan