Sabtu, 23 Disember 2023

SABAH BEBAS MEROKOK DITEMPAT AWAM?

"Ramai orang sesuka hati merokok bebas dikhalayak orang awam sehingga warga menutup hidung dan mulut akibat perbuatan golongan yang dipercayai pekerja asing dalam negara ini tanpa rasa bertimbangrasa" 

Oleh. Williem Anak Lagau

Sabah. Raja rokok ditempat awam sesuai jolokan terhadap orang asing dala negeri ini yang langsung tidak ada rasa hormat kepada penduduk tempatan yang tidak  merokok. 

Perokok dinegeri Sabah dilaporkan sangat ego enggan menerima teguran agar jangan merokok dikawasan khalayak ramai malah ada yang cuba cari gaduh bila ditegur, ini menyebabkan penduduk tidak merokok rimas dan membenci orang asing yang kerap merokok ditempat awam langsung tidak menghormati perundangan negara ini.

Golongan perokok bukan sahaja lelaki asing malah wanita juga dilaporkan ada yang lebih degil bila ditegur supaya jangan merokok ditempat awam,  ada wanita asing merokok ditempat awam sanggup menengking orang awam yang menghalang  mereka merokok bagaikan mereka pemilik kuasa ditempat berkenaan.

Berdasarkan maklumat orang asli negeri ini, semua rokok dipergunakan warga asing adalah rokok seludup yang jauh berbeza  asapnya dengan rokok dijual yang diluluskan kerajaan Malaysia terang penduduk Sabah.

Golongan anti rokok Sabahan menggesa kerajaan negeri bertindak melakukan operasi menghalang merokok ditempat awam setiap hari, malah penjual rokok seludup disegenap lorong kedai serta pasar kerajaan perlu diusir agar tidak menjadikan mereka sebagai taukeh naik tocang.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan  pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan