Jumaat, 15 Disember 2023

PELAN KERJASAMA UMNO WARISAN SABAH MASIH SAMAR

Oleh. Williem Anak Lagau

Sabah. Penyebaran dalam watsap group kerjasama UMNO dan WARISAN sebenarnya masih samar dan belum 
ada perjanjian rasmi dibuat sehingga berita ini ditulis dan semua ahli ahli Umno yang setia teguh dan bertahan tanpa terpengaruh berita tersebut. 

Umno Sabah sedang menimbang semua pemimpin parti politik Sabah bagi membuat kerjasama dalam pilihan raya negeri anak datang bagi mendepani GRS namun belum ada perjannian bertulis mereka, lumrah dalam politik mesti memiliki rakan seperjuangan yan jujur agar tidak mengganggu dalam proses PRN kelak demi menumpukan kekuatan bersama dalam pilihan raya negeri kelak.

Menurut sumber, UMNO dan BN Sabah dilaporkan sedang menimbang kerjasama dengan WARISAN dan KDM bagi mendepani kekuatan GRS, namun belum ada sebarang kata putus perjanjian mereka  bagi mendepani GRS dalam pilihan raya negeri dijangka tahun 2024 yang dihebahkan oleh pemimpin kerajaan Sabah.

Apapun semua ahli ahli UMNO dan BN wajar bersabar dalam situasi seumpama dimana kesabaran dan  kesetiaan perlu ada bagi mendepani maufakat GRS yang memerintah negeri Sabah masa kini sehingga pilihan raya negeri akan datang ujar beberapa pemimpin UMNO yang ditemui.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita, membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian  Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan