Sabtu, 23 Disember 2023

RUTIN OPERASI BULANAN DICADANGKAN

"Menggempur Setiap Bulan Peniaga Dan Pekerja Asing Tidak Sah Wajar Dipertingkatkan" 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Tindakan operasi  bersepadu bulanan 

bagi mengesan orang asing yang menyalahguna pas mereka berniaga dan ada yang memasuki negara ini tanpa dokumen sah, semua ini dilaporkan berlaku akibat ada orang tempatan menjadi  
dalang menyewakan permis perniagaan mereka sebagai mengambil jalan muda mengaut keuntungan dengan pantas dari warga asing terlibat.

Warga asing dilaporkan terlalu banyak dinegara ini namun bukan muda menjejaki mereka berikutan ada sahaja dalang melindungi mereka dikalangan penduduk tempatan,  ini menyukarkan pihak berkuasa memburu mereka  secara tuntas apa tak lagi dikawasan perladangan amnya kawasan setinggan persembunyian mereka. 

Menurut sumber penduduk tempatan, isu kebanjiran warga asing  perlu dikaji semua sudut termasuklah siasatan pelindung mereka bagi bekerja dan berniaga setiap masa,  warga asing tidak mungkin berani mengambil pekerjaan mahupun berniaga jika orang tempatan tidak ada menjadi dalang terhadap mereka bagi bermaharajalela dinegara ini ujar mereka.

Selain dari perlaksanaan operasi bersepadu bulanan siasatan terperinci juga wajar dilakukan keatas tempat pekerjaan dan perniagaan mereka, warga asing diberkas namun dalang melindungi dan pemberi pekerjaan terus bebas meneruskan kegiatan mereka mencari mangsa lain untuk mengaut keuntungan. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini  tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan