Sabtu, 9 Disember 2023

KEDIAMAN BAWAH TANAH CANTIK

(Siapa Menduga Sudah Ada Kediaman Bawah Tanah Bagi Keluarga Yang Mampu) 

Oleh. Huzera Ben

Dakota Selatan. Bukan sekadar bercakap namun merealisasikan projek rumah bawah tanah yang negara membangun hanya kenali sebagai tanah perkuburan masa lalu, kini ianya bukan lagi sekadar perkuburan malah telah berjaya membina rumah kediaman bawah tanah bagi semua keluarga yang mampu membeli atau menyewanya.

Ini lah yang berjaya dibina oleh Vivos sebagai rumah perlindungan dalam setiap wujudnya sesuatu kecemasan dimuka bumi ini  dimana semua manusia perlu dilindungi, daya usaha seumpama bukan sahaja memerlukan kos peruntukan kewangan yang tinggi malah memerlukan kemahiran  dalam daya usaha pembinaan agar tidak mengalami keruntuhan.

Projek tersebut boleh dibeli sebagai hak milik golongan berkemampuan dan ada juga yang disewakan kepada mereka yang ingin mencuba tempat tinggal dibawah tanah penuh aman damai tanpa sebarang gangguan.

Sehingga berita ini ditulis belum ada kadar harga dihebahkan namun keluasan tempat penbinaan nya berukuran 28.9 kilometer dengan jumlah rumah dibina  575 sehingga hari ini, tapak terlibat merupakan bekas pengkalan tentera pada tahun 1942 sehingga 1967 yang terletak diDakota Selatan Pierre cukup cantik dan mengkagumkan pemandangan disekeliling kawasan nya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan