Jumaat, 22 Disember 2023

UNDANG UNDANG DIKETEPI ANDANG ANDANG DIPAKAI

"Sebilangan Pemandu Bus  Mengetepi Undang Undang Dengan Mengamalkan Perilaku Harian Andang Andang Merimaskan Pengguna Pengangkutan Awam Sabah" 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Ramai mengiyakan amalan sebilangan pemandu BUS MINI PENGANGKUTAN AWAM mengenepikan segala undang undang atas jalan raya akibat mengģuna pakai sistem Andang Andang. 

Antara perlanggaran undang undang sebilangan pemandu bus mini ialah, menjadikan semua bus stop sepanjang jalan raya sebagai terminal menunggu penumpang, menghalang penumpang memilih bus yang ditumpangi mengikut keselesaan hati mereka  namun pemandu bus mini tertentu marah sesuka hati.

Sistem ANDANG ANDANG YANG MEREKA LAKUKAN ini bukan perkara baharu dikalangan sebilangan pemandu bus mini dalam negeri ini malah sudah bertahun lamanya,  anehnya tidak banyak yang berani membantah segala perbuatan mereka diatas semua bus stop termasuklah laporan orang ramai sebilangan pemandu bus mini suka kencing merata tempat. 

Warga Sabah menyuarakan diseluruh negara Malaysia dimanakah hendak mengadu kes seumpama perlakuan sebilangan pemandu Bus Mini dalam  negeri tersebut yang berlaku sejak bertahun lamanya ujar mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga  didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan