Selasa, 12 Disember 2023

MOHON BANTUAN RUMAH TERBAKAR

(Hendak Meminta Bantuan Pada Siapa Jika Kerajaan Sabah Tidak Mampu Membantu Membina Semula Rumah Yang Musnah Dalam Kebakaran Beberapa Bulan Lepas)

Oleh. Basron Kirwan

Tampaluri. Penduduk Kg. Kionsom dekat sini memohon kepada Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia bagi membina rumah keluarganya dalam musibah kebakaran beberapa bulan lepas, ini diluahkan keluarga terlibat berikutan pihak kerajaan Sabah tidak memberi sebarang jawapan keatas permohonan yang telah dikemukakan sejurus kebakaran berlaku.

Dalam usia warga emas  tidak mampu membeli segala perkakas pembinaan rumah tersebut dengan mengharapkan seluruh pemimpin kerajaan negeri dan kerajaan pusat perpaduan, sangat perlu menyediakan peruntukan kilat kecemasan sepanjang tahun bagi mendepani  mangsa musibah banjir dan kebakaran tanpa menunggu permohonan lama. 

Sehingga hari ini pembelajaran anak cucu bersekolah tergendala berikutan ketiadaan rumah yang sempurna dan gagal memperolehi bekalan eletrik disebabkan rumah belum dibina, mujurlah masih ada pondok tempat berteduh dari hujan dan panas sehingga hari ini dan sangat mengharap kerajaan Perpaduan pusat dapat membantu mendirikan rumah yang musnah dijilat api jelas pemilik rumah berkenaan.

Media Terkini dimaklumkan penduduk Kg. Kionsom dekat sini bahawa rumah yang musnah dijilat api milik  R.S. Kopit sejak beberapa bulan lepas tanpa ada usaha kerajaan Sabah mempercepatkan pembinaan nya jelas warga Kampung Kionsom Tampaluri. 

Impian pemilik rumah tersebut agar Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia boleh melawat mengejut rumahnya serta membantu menyediakan peruntukan kilat demi membina cepat bangunan rumah keluarganya tanpa menunggu berbulan kes yang ditimpah musibah kebakaran katanya. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan