Selasa, 5 Disember 2023

SELANGKAH DISABAH

(Wanita Tidak Lagi Menghirau Jejantas Pejalan Kaki) 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Selangkah jelajah negeri Sabah bagai tak percaya melihat gelagat wanita dikota sekolah tinggi namun jejembat untuk pejalan kaki  langsung tidak dipandang melainkan berlari meyeberang jalan raya  besar dibawah jejambat  tengah Kota Kinabalu. 

Ini menjadi tumpuan persoalan mengapa wanita kota langsung tidak menghiraukan keselamatan diri mereka sendiri?, anehnya lelaki lebih banyak yang menggunakan jejantas demi keselamatan nyawa agar tidak menjadi mangsa  langgar lari ditengah jalan raya.

Menurut  beberapa wargakota yang ditemui, wanita berani menyebrang jalan raya besar berikutan faktor sebilangan pemandu lelaki akan memperlahankan kenderaan mereka, sebaliknya jika lelaki yang melintasi jalan raya  kebanyakan pemandu langsung tak bagi ruang malah mendengus marah dengan sesama lelaki pejalan kaki.

Tidak hairan lah hampir semua wanita muda selamba sahaja berjalan kaki dengan senyuman melirik pemandu mekup tebal seinci, kenderaan yang bergerak lajupun boleh berhenti serta merta jika wanita muda bermekup berjalan kaki menyeberang jalan raya ungkap mereka.


 SIAPA MEREKA BERBARIS MEMBELI  MINYAK MASAK BERSUBSIDI?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kota Kinabalu.  Setiap kedai menjual minyak Masak Pek Plastik berharga RM2.50 sebungkus pasti lebih awal lagi orang orang yang dikenal pasti bukan warga Sabah berbaris didepan kedai terlibat.

Kejadian serupa berlaku seminggu 2 kali berdasarkan kepada  kehadiran minyak masak bersubsidi pek plastik dibeberapa pintu kedai yang menjual.

Kes tersebut juga menjadi tanda tanya mengapa ianya berlaku tanpa takut dikesan pihak berkuasa disamping penduduk tempatan tidak mampu menunggu. 

Majoriti penduduk asli Sabah, mahu pihak berkuasa harus  selalu bergerak melakukan tinjauan sebagai mengelak  penjualan salah laku bagi kedai kedai  terlibat. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan