Jumaat, 22 Disember 2023

TIPU DAYA BERLELUASA

"Belumpunpun Ada Kuasa Sudah Ada Yang Berani Berbohong, Mendustai Beberapa Peniaga Yang Membantu Parti Mereka Lokal Sabahan, Antaranya Meminta Sokongan Sesuatu Etnik Suku Kaum Namun Bila Dibantu Segala Janji Dilupakan Sehingga Panggilan Tidak Dilayan"  

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Isu pembohongan sebilangan ahli parti politik tempatan perlu diperhatikan seluruh rakyat Sabah khususnya setiap kali menjelang bahang pilihan raya negeri agar tidak menafikan hak rakyat demi kepentingan jawatan mereka.

 Ramai orang sering menjadi mangsa sebilangan ahli parti politik tempatan konon nya sedia membantu jika mereka (rakyat)  sedia membantu membawa ahli memberi sokongan  parti terlibat dalam kawasan bahagian yang disertainya. 

Ini lah trend sebilangan ahli parti politik tempatan yang menjadi jentera menjaga dalam bahagian serta cawangan sejak beberapa bulan lepas membuatkan ramai  rakyat jelata keciwa dengan parti terlibat tanpa tindakan diperingkat tertinggi parti berkenaan.

Menurut penduduk Sabah, sejumlah 73 kerusi Dewan Undangan Negeri  yang dipertandingkan  setiap kali pilihan raya negeri namun akibat ramai sangat ahli berdusta  banyak calon tumbang dalam pilihan raya jelas rakyat dalam temubual Media Terkini dekat sini hari ini. 

Isu pembohongan juga banyak menjejaskan nama baik parti parti tempatan sehingga rakyat beralih sokongan kepada parti  parti yang membuka cawangan dalam Sabah, tidak hairan lah parti parti Sabahan baru tumbuh bagai cendawan bagi mengimbangi parti parti lama yang tidak pernah bertukar kepimpinan bawahan mereka sampai menjangkau hampir 70 tahun ujar aktivis politik tanah air.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan