Ahad, 31 Disember 2023

BORNEO DIAMBANG TAHUN BARU 2024

"Hantaran Warga Borneo Diambang Tahun Baru 2024, Hanya Berusaha Tulang Empat Kerat Dan Merenung Ikan Besar Didalam Wat
siap Group" 

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Borneo. Melangkah ketahuan baru 2024 warga Borneo lebih banyak menyepi dengan berkerja mengumpul padi disamping merenung jauh gambar gambar bersama rakan taulan didalam watshap group.

Tiada ungkapan kata mereka luahkan pada umum melainkan berdikari  sendiri berserta menghiburkan hati merenung gambar gambar kenangan 2023 tanpa mampu merayakan sambutan tahun baharu 2024, jauh berbeza dengan ahli ahli parti politik disana sini yang bersukaria dengan sambutan ambang 2024 bersama rakan rakan dalam Gabungan Parti masing masing.

Menurut beberapa warga Sabah hari ini, dalam zaman era BN UMNO dahulu ada juga pemimpin yang murah hati memberi sumbangan bagi jamuan dan bacaan doa mengikut agama masing masing dibeberapa kampung terpilih, usaha seumpama terus dikenang rakyat desa terpencil sehingga hari ini berbanding masa kini hanya himpunan pengikut parti politik tertentu sahaja ditempat tempat terpilih sahaja jauh sekali penyertaan orang orang kampung ujar mereka.

Bagi warga yang berkemampuan mereka dan sekeluarga akan berkumpul dalam satu rumah menjamu selera seadanya hasil kombinasi keluarga masing masing, namun terlalu jauh  penglibatan orang parti politik diperingkat luar bandar berbanding zaman UMNO BN dahulu sanggup orang parti bantu sekali anjur program bersama rakyat. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan