Rabu, 20 Disember 2023

SABAH DIGANYANG COVID 19

"Covid 19 dilaporkan meningkat mendadak di Sabah sejak minggu lepas sehingga hari ini walaupun majoriti penduduk telah mendapat vaksin penggalak pertama"

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Serangan mendadak COVID 19 diseluruh negeri ini dengan peningkatan 356 % sepanjang minggu lepas hingga kini dilaporkan sangat mencemaskan warga penduduk yang mengetahui bahaya penyakit tersebut.

Sebaliknya bagi sebilangan penduduk yang kurang menitik beratkan penularan Covid 19 pasti selamba tidak merasa gusar dalam kehidupan mereka setiap hari, malah berkumpul bersesak ramai pasti tak akan menggusarkan mereka apa tak lagi golongan warga emas terus majoriti tersenyum bagai tak wujud Covid 19 disekeliling mereka. 

Ini lah pendedahan dipelusuk Sabah sebaik kerajaan Sabah mengumumkan peningkatan Penyakit Covid 19 hari ini meningkat diluar jangka masa kini,  anehnya sebilangan rakyat Sabah selamba sahaja tidak memakai pelitup muka walau berada dikhalayak ramai  tanpa mengira usia dan bangsa jelas mereka. 

Kegagalan sebilangan penduduk Sabah mematuhi pemakaian pelitup  muka dikhalayak ramai dilaporkan mempercepatkan penularan jangkitan Covid 19, selain dari itu ramai bergejala juga turut tidak memakai pelitup muka disamping enggan mematuhi  penjarakan diri diantara satu sama lain dikhalayak orang ramai.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan