Khamis, 28 Disember 2023

SABAH HARI INI

"Jelajah Sabah Hari Ini Pelbagai Ragam Tanpa Seorangpun Ambil Kisah Walau Berlaku Dihadapan Mata Masyarakat Sejagat "

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Selangkah berjalan jalan di Sabah ramai tidak menduga apa yang dilihat  sesuatu diluar jangka malah siapa mereka amat meragukan asal usul mereka sehingga terbawa bawa corak budaya dari negara asal mereka. Bayangkan 

memandu motorsikal bersama pembonceng langsung tidak menggunakan HELMET walau berada diatas jalan raya dalam bandar mahupun pekan kecil mereka langsung tidak kisah perundangan negara Malaysia. 

Selain dari itu, ada lagi orang yang meragukan asal usulnya sesuka hati merokok didalam restoran walau mereka melihat notis DILARANG MEROKOK namun asap terus mereka hembuskan berkepul kepul  
bagaikan mereka  tidak   menghiraukan orang lain didalam kedai terlibat. 

Tidak cukup dengan kejadian serupa lagi dibanjiri pula dengan peminta WANG SEDEKAH orang sihat dan pelancong dari luar negara bergerak bebas meminta sedekah  setiap hari  dari pagi hingga kepetang dilapor mampu mengaut keuntungan  ratusan ringgit sehari.  

Bagi pelancong asing mereka juga terlibat memi
nya sedekah dipelbagai daerah dalam negeri ini tanpa sebarang  perasaan malu dan serba salah. 

Semua kejadian ini berlaku didepan mata sebilang penduduk negeri Sabah namun majoriti mereka sekadar menghulur sedekah pada setiap kumpulan terlibat tanpa ada yang bersuara menghalang mereka. 

Kes seumpama bukan perkara baru bagi warga asli dalam negeri ini namun mereka hanya mampu mendedahkan sebagai rujukan umum dan kerajaan pusat bagi mengambil tindakan sewajarnya sebelum menjadi apa yang berlaku di Mini Dakha tegas mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan