Ahad, 31 Disember 2023

PENIAGA ASING MENAKUTKAN

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Penduduk Kuala Lumpur mendedahkan isu lambakan peniaga asing membanjiri pelbagai perniagaan 

sekitar Kuala Lumpur, dan kawasan berhampiran sejak sekian lama namun baru masa kini warga Malaysia terbuka hati bersuara mendedahkan kes tersebut dihentikan oleh kerajaan Malaysia.

Kesedaran warga Kuala Lumpur dalam lambakan peniaga asing didedahkan menerusi media massa berlesen sehingga pihak berkuasa turun padang memberkas sebahagian dari mereka, sebaliknya berapa ramai warga Malaysia termasuklah Sarawak dan Sabah menyedari kebanjiran peniaga asing dinegeri masing masing masih samar agenda kesedaran mereka

Menurut  pemerhati kebanjiran warga asing menjadi peniaga dalam negara ini, jika tidak ada sokongan warga Malaysia orang asing tidak mungkin memperolehi tapak perniagaan, namun akibat mendapat sokongan orang dalam Malaysia orang asing berebut rebut mendapat peluang perniagaan berkenaan dipelusuk negara ini tanpa mengira tempat ujar mereka penuh kesal.

Peniaga tempatan yang mempergunakan orang asing sebagai pekerja mendakwa mereka susah nak cari pekerja tempatan menyebabkan warga asing  digunakan menampung keperluan mereka setiap masa dalam permis perniagaan mereka.








Nota. Dilarang  membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan