Jumaat, 29 Disember 2023

ISRAEL KIAN SUKAR MENCARI HAMAS

"Semakin Lama perang Israel dan Hamas serta Sekutunya kian sukar pula mereka memburu pejuang  
Hamas, mahupun Sekutunya walau pelbagai teknologi tinggi dipergunakan hasil bantuan Amerika Syarikat" 

Oleh. Huzera Ben

Gaza. Perjuangan Hamas, Hizbollah dan AlQassam mendepani serangan Israel dibantu Amerika Syarikat tidak semudah yang diduga oleh tentera zionis Israel masa kini.

Semua pengeboman dan tembakan yang disasarkan ke Gaza lebih banyak menyasarkan rakyat  awam Plastine berbanding anggota pejuang Hamas dan sekutunya, ini menimbulkan kemarahan Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel sehingga Gaza cuba dijadikan padang jarak padang Tekukur dengan bangunan habis runtuh.

Serangan balas Hamas dan Sekutunya mampu membunuh tentera Israel termasuklah sebilangan pegawai kanan tentera mereka, tentera Israel kerap sekali melaungkan menemui pelbagai TEROWONG BESAR DAN KECIL Hamas dan Sekutunya namun tak jumpa pula anggota peluangnya. 

Isu ini terus menjadi persoalan dunia namun Amerika Syarikat terus menyebelahi Israel dengan pelbagai helah mahu memusnahkan Hamas serta sekutunya tanpa dapat mengesan keberadaan mereka yang sebenar masa kini, semua persenjataan Amerika Syarikat dan Israel hanya mampu membunuh rakyat jelata Plastine tanpa menjumpai pejuang Hamas dan Sekutunya yang dicari setiap hari.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan