Selasa, 26 Disember 2023

ISU PELARIAN SAMPAI BILA TERHENTI

"Pelarian Dalam Negara Terus Lega Berikutan Ramai Yang Mengambil Mereka Sebagai Pekerja Tersembunyi" 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Lamb
akan warga asing dan pendatang asing tanpa izin diseluruh negara haruslah dipantau lebih menyeluruh setiap masa bagi mengelak mereka disembunyikan golongan tertentu bagi menjadi kuli mereka yang mahu mengaut keuntungan. 

Isu lambakan warga asing berniaga dan berkerja disetiap negeri yang dilindungi golongan tertentu bukan salah pihak kerajaan,  sebaliknya tanya golongan mereka yang melindungi siap diberi kerja secara sembunyi bagi mengaut keuntungan besar selagi tidak ditahan pihak berkuasa.

Menurut aktivis masyarakat dalam negara ini, isu warga asing termasuklah pendatang tanpa izin yang memasuki negara ini,  perlu dipantau setiap masa melibatkan Sarawak dan Sabah yang muda dikesan berdasarkan kepada loghat bahasa mereka setiap hari.

Malah terdapat maklumat dinegeri Sabah ramai warga asing menjalankan perniagaan bergerak dengan Motorsikal dan Kenderaan mencari pembeli disana sini, tidak kurang juga warga asing dilaporkan berniaga secara bayar ansuran harian dikalangan pelanggan mereka tanpa segan silu mencari pembeli jualan mereka.

Ada juga maklumat orang ramai bahawa peniaga asing yang bergerak bebas dibantu dengan modal golongan taukeh taukeh besar cara bayaran mingguan serta bulanan, tidak hairan lah walaupun siang malam operasi dijalankan oleh pihak berkuasa dalam kerajaan ini ada sahaja WARGA ASING atau PENDATANG ASING TANPA IZIN mampu meloloskan diri. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan