Rabu, 6 Disember 2023

UMNO BN WAJAR GANDAKAN USAHAKAN MENDEKATI WARGA RAKYAT

Langkah UMNO Dan BN perlu turun padang jelajah rakyat jelata agar tidak semakin pengundi menjauh sepanjang masa.

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Kepimpinan UMNO BN perlu turun padang mendampingi segenap lapisan rakyat berdaftar sebagai pengundi diseluruh negara khususnya Sabah jika mereka mahu mengembalikan sokongan

segenap rakyat jelata diperingkat bawahan selaku pengundi setiap pilihan raya.

Pemimpin pusat seringkali bertelagah sesama sendiri berhubung kekalahan UMNO BN namun tidak nampak usaha bahagian dan cawangan mendampingi seluruh rakyat pengundi ditaman perumahan serta perkampungan terpencil lapor rakyat jelata yang ditemui.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno tidak boleh dipersalahkan dalam hilang undi rakyat jelata diperingkat bawahan, sebaliknya tanya pemimpin bahagian dan cawangan UMNO BN berapa kali setahun mereka menemui seluruh rakyat  jelata bagi mengekalkan sokongan.

Rakyat tidak pernah mengharap Presiden dan Timbalan Presiden UMNO BN mengunjungi mereka setiap tahun namun harapan mereka adalah perhatian sirius kepimpinan bahagian dan cawangan bagi membawa masaalah mereka kepada kepimpinan tertinggi UMNO BN tegas warga yang ditemui.

Amat jelas rungutan rakyat jelata  berpunca dari bahagian dan cawangan gagal membawa semua masaalah mereka setiap tahun kepada pemimpin tertinggi UMNO DAN BN amnya ujar mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat  iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan