Khamis, 14 Disember 2023

PEMINTA SEDEKAH BERBADAN SIHAT

(Bayangkan Lah Badan Yang Sihat Sanggup Meminta Sedekah Berbanding Mencari Kerja Setiap Hari)

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Ramai penduduk negeri ini tidak usul periksa memberi wang ringgit pada peminta sedekah badan sihat cara berkumpulan, anehnya jika penduduk tempatan yang  memohon sumbangan bukan main lagi kedekut sebilangan orang dan ada juga VVIP langsung tidak membantu.

 Antara trend yang dilaporkan berlaku di Sabah menyebabkan ramai berlakon berpakaian comot walau berbadan sihat demi mendapat derma banyak dari warga sekeliling dan golongan VVIP setempat.

Dalam tinjauan kru Media Terkini  sejak beberapa minggu lalu terlalu ramai alpa menderma pada golongan sihat menjadi pengemis, sebaliknya jika rakyat yang susah diluar bandar atau yang tidak meminta minta langsung diabaikan mereka yang terlibat berkemampuan.

Ada juga penduduk miskin dinegeri Sabah melaporkan  terdapat orang parti politik kerap bercakap prihatin kepada semua rakyat yang miskin namun ianya sekadar pemanis kata, sebaliknya orang susah sebenar memohon sumbangan dikalangan orang parti politik semuanya ditolak dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah terang penduduk yang ditemui.

Tidak hairan lah ramai orang politik yang terjun menjadi calon setiap pilihan raya terus ditolak rakyat dalam kawasan mereka sendiri berpunca tidak memiliki sikap prihatin pada orang susah, malah rakyat jelata yang mengenali orang politik tidak ada sikap membantu rakyat jelata boleh menolak diri mereka dalam proses pilihan raya walaupun kerap menabur bicara manis.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan