Rabu, 13 Disember 2023

SABAH SEMASA

MELAWAN ARUS MASIH NAK MENANG

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Ramai pemandu dalam negeri ini sudah memandu melawan Arus namun masih mahu menang dengan pemandu yang berjalan lorong yang betul sehingga kerap menimbul ketegangan diantara satu sama lain. 
Perbuatan pemanduan melawan arus bagaikan satu keseronokan sebilangan penghuni dinegeri ini walau kerap menjadi tontonan semua pengunjung dinegeri ini terang orang ramai hari ini. 
Ramai pemandu yang dipercayai bersekongkol dengan warga asing pastinya terjebak kepada budaya pemanduan yang kerap melawan arus sehingga menjadi kemarahan orang ramai. 
Apapun isu pemanduan ini semua pihak perlu menghormati perundangan diseluruh negara ini dan jangan sesekali melawan arus demi keselamatan nyawa semua warga dipelusuk negara ini.

AWAS ANDA SENTIASA DIPERHATI 

Oleh. Satu lagi isu memeranjatkan dalam Sabah adalah MEMANDU KENDERAAN BERASAP ditengah jalan raya besar tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling yang menelan asap kenderaan mereka.

Antara pendedahan  warga Kota Kinabalu  berhubung pemanduan orang tidak bertanggongjawab dengan mengeluarkan terlalu banyak asap sepanjang jalan raya yang dilalui mereka.

Kejadian tersebut bukan lah perkara baharu malah sekian lama sudah berlegar legar seluruh Kota Kinabalu namun tidak ada sebarang tindakan yang boleh dibuat  pihak berkuasa tempatan jelas warga Kota Kinabalu.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan