Ahad, 31 Disember 2023

BINGKISAN KHAS AWAL 2024

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Menjelang sambutan tahun baharu sepanjang hari 31 December 2023, warga desa mengakui ianya terlalu hambar dirasakan oleh mereka walaupun ambang tahun 2024 bakal menjelang tiba namun kekal suasana muram umpama menjelang senja.

Ramai warga dalam arena politik terus melakukan sambutan meriah bersama rakan sahabat handai, namun jauh sekali melakukan kunjungan mesra bersama orang orang tidak mampu luah warga susah diluar bandar. 

Sambutan Tahun Baharu 2024 bagi warga desa cukup dengan bacaan doa  mengikut agama masing masing disamping menjamu selera dengan apa sahaja makanan yang ada, jauh berbeza dengan ahli parti politik yang berpesta sakan penuh meriah namun bila pilihan  raya silih berganti jumpa rakyat didesak mohon diundi meraih sokongan agar mendapat jawatan.

Sikap seumpama mendewasakan warga desa yang setiap tahun bersendirian menyambut tahun baharu tanpa ada kunjungan orang parti politik, tidak hairan lah rakyat jelata boleh membalas segenap orang parti politik dengan memberi undi pemimpin yang tahu menghulur bantuan pada mereka.

Tinjauan Media Terkini Harian Malaysia Sambutan Tahun Baharu 2024 amat hambar bagi warga desa tanpa ada kunjungan orang politik tertentu, namun ramai orang parti politik bersuka ria bersama rakan rakan tanpa mengingati rakyat miskin didalam jagaan mereka diambang tahun baharu penuh sayu.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan