Selasa, 30 April 2024

PELAN PEMBAHARUAN DI KOTA KINABALU PERLU SEGERA

"Dalam Menarik Pelancong Luar Negara ke Kota Kinabalu, satu pelan pembaharuan perlu dilaksanakan menerusi pemimpin kerajaan negeri, agar tidak tidak terancat mata memandang setiap pelancong yang datang" 

Oleh. Basron Kirwan

Kota Kinabalu. Dalam misi menarik pelancong luar negara mengunjungi 

negeri Sabah  satu pelan pembaharuan perlu dilaksanakan terutama Ibu Negeri Kota Kinabalu. Pelan berkenaan ialah menggandakan penguatkuasaan membenteras pengemis jalanan, gelandangan berkeliaran setiap hari dan operasi pemandu bus mini yang memenuhi bus stop sepanjang jalan sehingga menghalang orang ramai menunggu kenderaan keluarga mereka singgah dibus stop berkenaan.

Antara yang paling ketara kes seumpama adalah semua kawasan yang termasuk dalam daerah Kota Kinabalu setiap hari cacat mata memandang dibandar dan sekitarnya, dalam konteks  ini sebilangan aktivis masyarakat Sabah mencadangkan agar semua yang merancat pemandangan mata dihentikan secara drastik tegas mereka.

Pelancong luar negara yang melihat segala gelandangan berkeliaran, penjual rokok seludup, pengemis tidak berhenti dan semua bus stop dibarisi penuh sesak pemandu tidak mematuhi undang undang tata cara dibus stop berkenaan.

Semua ini boleh menjatuhkan imej negeri Sabah jika golongan pelancong bawa kenegara mereka sebagai pengetahuan warga dinegara asal pelancong terlibat, aktivis masyarakat Sabah menggesa semua yang berlaku seluruh daerah Kota Kinabalu digandakan operasi pencegahan setiap hari agar ianya mampu dibersihkan sepanjang tempoh satu tahun akan datang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan