Selasa, 16 April 2024

WARGA SABAH MASIH PERLU BERAS MURAH

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Kerajaan Madani negara ini perlu memperbanyak beras tempatan yang termurah demi keperluan penduduk termiskin dalam negeri ini.

Kebanyakan penduduk Sabah sangat memerlukan beras berharga antara RM26.00 hingga RM29.00 bagi setiap 10 kilogram terutama warga luar bandar. 

Ini didedahkan warga kampung yang bimbang kehilangan beras tempatan murah masa kini akibat percaturan sebilangan pemimpin parti politik yang jarang berjumpa warga kampung selepas menang dalam pilihan raya.

Semua warga kampung yang tergolong orang susah menolak cadangan orang pemimpin parti politik menetapkan beras berharga RM30.00 bagi 10 kilogram berikutan ia sangat membebankan pada mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan