Isnin, 15 April 2024

TERJUN CALON PARTI POLITIK TAPI.....?

"Ramai Warga Masa Kini Terus Berlumba Lumba Mahu Bersaing Sebagai Calon Dalam PRN Akan Datang, Namun Bagai Ada Penghalang Mereka Bagi Memberi Sumbangan Kepada Rakyat Jelata Yang Sangat Memerlukan Didepan Mata Pilihan Calon" 

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Sabah. Sejak beberapa minggu lepas bakal bakal pilihan calon mewakili beberapa parti politik baharu dan lama saling menonjolkan diri menemui rakyat merayu sokongan dalam PRN akan datang.

Anehnya kebanyakan dari mereka yang dilaporkan menjadi calon terutama parti baharu tidak mahu dengar masaalah rakyat yang meminta bantuan, masa mereka menemui rakyat hanya mahu mendengar rakyat yang menyokong mereka dengan menolak calon parti lain apa tak lagi pemimpin parti memerintah.

Kemelut ini menjadi perbualan hangat sebilangan rakyat didalam 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah lebih dua minggu yang lalu, malah ada penduduk luar bandar mengingatkan calon calon yang mahu mempertaruhkan diri sebagai calon dalam PRN akan datang.

Langkah calon calon muka baharu didalam parti yang mereka wakili disifatkan rakyat setempat sekadar meraih sokongan tanpa menghiraukan warga setempat yang bermasaalah, tidak hairanlah seluruh penduduk Sabah masa kini lebih berwaspada mendampingi golongan mahu menjadi calon agar jujur menbantu rakyat jelata setempat.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan