Sabtu, 13 April 2024

MENGAPA TINGKAHLAKU MENJADI JADI?

Oleh. Basron Kirwan

Johor. Sikap warga hari ini menggegarkan negara dengan pelbagai perbuatan yang mencemar nama kesucian agama Islam secara nyata walaupun satu larangan persenda agama Islam sejak dahilu lagi.

Dalam kes terbaharu orang ramai sekadar menonton KAABAH  diukir pada kain alas kaki sekitar Johor bagai tak habis persenda Islam golongan tidak bertanggongjawab, adakah ini dianggap sekadar kesilapan yang tidak disengajakan dan harus dibiarkan berterusan helah bagi mempamer pelbagai cara persendakan kesucian agama Islam dimata umum dalam negara.

Kerajaan bersama rakyat jelata khususnya umat Islam harus bersatu bagi mempertahankan kesucian ugama Islam dari dipersenda golongan tidak bertanggongjawab, kes kes seumpama tidak lagi wajar berulang demi menjaga perasaan setiap umat Islam dinegara ini secara berkekalan agar tidak lagi berlaku perkara tidak diingini dimasa hadapan.

Kelantangan pemimpin pemuda UMNO Malaysia berhubung mempertahankan kesucian nama agama Islam terus mendapat sokongan rakyat beragama Islam diseluruh Malaysia, malah ada rakyat beragama Islam berdiri teguh sama sama mempertahankan kesucian Islam yang kerap dipersendakan orang orang tidak bertanggongjawab.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan