Jumaat, 26 April 2024

BERITA RINGKAS

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Penghuni bandaraya Kota Kinabalu sekadar menjeling senyum melihat warga yang meragukan duduk berkumpulan disetiap lorong pejalan kaki hampir setiap hari tanpa ada bersuara.

Kumpulan warga yang meragukan ini dilaporkan akan menghulurkan tangan meminta wang setiap pejalan kaki yang lalu didepan mereka, ini yang menjadi tanda tanya ada kah warga Sabah tidak tahu status golongan terlibat berasal dari mana berdasarkan loghat bahasa harian mereka.

Ada juga individu mendakwa golongan terlibat tidak bernegara walaupun ada persamaan bahasa mereka dengan pekerja asing dari negara jiran yang berkerja dinegeri ini, semua ini perlu penilaian jauh kehadapan agar Sabah terlindung dari kebanjiran warga tidak berdokumen dalam jangkamasa panjang yang bakal bertambah termasuklah kanak kanak yang lahir.


 Oleh. Gifkir Aming

Ilmu sihir terus dimainkan sebilangan orang kampung tanpa mengira agama dan bangsa selagi hasad dengki bermain dalam kepala mereka. 

Antara permainan sihir adalah ditabur pada jalanan orang yang dikenakan, diterbangkan dengan santet jelmaan pelbagai jenis haiwan waktu malam, disantet guna patung dan benda tajam serta banyak lagi cara mereka lakukan.

Anehnya golongan yang sudah menukar agama tapi tidak belajar masih terjebak mengamalkan Sihir atau Santet selagi jiwa mereka dikuasai dengki.

Apapun semua warga perlu tahu jangan sesekali mengambil makanan yang dihantar orang yang meragukan latarbelakang mereka, berjaga dan berwaspada lebih awal  adalah langkah menyelamatkan seluruh keluarga yang tinggal dikampung mereka masing masing.




Nota. Dilarang membuat Ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan