Ahad, 28 April 2024

PRN SABAH KUASA RAKYAT ATAU PEMIMPIN PARTI?

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Semua pengundi dalam kerusi dewan undangan negeri ini terus menunggu tarikh pembubaran keeusi bagi perebutan  kuasa menjadi wakil rakyat sebagai pembela rakyat yang prihatin dan bertanggongjawab. 

Negeri Sabah memiliki 73 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dilapor panas menjadi rebutan pemimpin parti politik lama dan baharu, saling mempamerkan agenda perjuangan masing masing untuk pengundi setempat namun pvc paip untuk orang kampung diatas bukit gagal menghulur bantuan lapor rakyat yang ditemui.

Ramai yang melobi diri menjadi calon pada PRN akan datang  dengan menemui seberapa banyak rakyat jelata disetiap kerusi DUN yang mereka (Ahli Parti Politik) impikan, namun beberapa permohonan rakyat  luar bandar dijanjikan selepas PRN akan datang entah sampai bila paip air oramg kampung mampu disalurkan tegas rakyat keciwa.

Ada juga pemimpin parti politik dalam Sabahan bagai terlalu besar sehingga semua yang jumpa mereka dianggap warga suruhan majikan tanpa belajar mengenali latar belakang mereka, tidak hairan lah pemimpin politik seumpama langsung hilang wang pertaruhan setiap kali pilihan raya negeri akibat banyak mempermainkanrakyat yang memohon bantuan. 

Sejak kebelakangan ini ramai pemimpin parti politik bahagian dan cawangan mempamerkan rasa pengaruh mereka bagai yakin mampu menang dalam pilihan raya negeri akan datang, namun jauh pandangan rakyat yang memerlukan bantuan PVC paip langsung gagal membantu warga kampung yang diharapkan mengundi mereka didalam pilihan raya rasa penuh rasa keciwa.

Apapun rakyat Sabah masa kini lebih bijak dari bakal calon dalam PRN akan datang tanpa dijanjikan bulan dan bintang demi meraih sokongan undi, malah ada rakyat mengingatkan bakal bakal calon yang mahu meraih sokongan dalam PRN akan datang supaya membuktikan bantuan mereka terhadap golongan memerlukan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan