Isnin, 22 April 2024

MUKA BARU DIDALAM PARTI BAHARU?

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Negeri Sabah bakal diterajui parti politik dengan kepimpinan semua baharu sangat berkaliber di-

jangka tidak lama lagi jika tidak ada halangan demi rakyat termiskin sejak 1963.

Pemimpin dan Parti Politik dilaporkan silih berganti sehingga hari ini termasuklah parti parti baru umpama cendawan tumbuh namun rakyat masih ramai miskin tanpa pembelaan. 

Ada juga pemimpin parti politik mencanangkan jangan beri bantuan rakyat dalam parti politik perjuangan baharu mereka, bagaikan mereka hanya minta diundi menjadi wakil rakyat demi bergaji serta memperolehi wang pencen dimasa akan datang akhir khidmat mereka.

Sebaliknya dalam konteks parti baharu dengan semua pemimpin baharu yang diterajui orang asli Sabahan mereka mengutamakan pembelaan orang Sabah yang masih miskin,  kepimpinan parti berkenaan melihat ramai lagi orang Sabah tercicir dengan bantuan daftar E-Kasih sampai kehari ini tahun 2024 walaupun hanya berpendapatan RM950.00 sebulan jelas jurucakap parti berkenaan.

Menurut sumber dari Pejabat Penaja Parti berkenaan, landasan mereka adalah bergerak turun padang keakar umbi mendepani rakyat miskin tanpa berpeluk tubuh, sebaliknya cuba berusaha menjejaki setiap orang desa yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang namun tidak juga berjaya dala E. Kasih tegas mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan