Isnin, 29 April 2024

WASPADA GERAK GERI ANAK GADIS

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Sebilangan anak gadis dilaporkan terlupa seketika ibu bapa bila terjumpa gerangan yang dicari, malah ada juga langsung tidak menghubungi ibu bapa dalam beberapa ketika sehingga merunsingkan keluarga yang menyayangi mereka sejak kecil.

Inilah sumber daya fikir sebilangan anak gadis masa kini sehingga kadangkala menggusarkan jiwa murni kedua ibu bapa mereka, setiap keluar meninggalkan rumah kedua orang tua seharusnya memaklumkan jika ada urusan sehingga bermalam tidak balik kerumah demi menghormati ibu bapa.

Ini didedahkan beberapa aktivis masyarakat Sabah berikutan ramai anak gadis keluar rumah tanpa memberitahu ibu bapa sehingga lebih 2 hari, tindakan seumpama bagaikan membelakangkan ibu bapa kandung masing masing sehingga ibu bapa sedih menitis air mata pasti anak anak tidak menyedarinya ujar mereka. 

Sehubungan dengan paparan ini, anak anak gadis atau pemuda wajar menjaga hati ibu bapa kandung mereka agar tidak terguris ditinggalkan tanpa pesanan atau enggan menghubungi semasa dikejauhan rumah.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan