Sabtu, 20 April 2024

PERNAHKAH UMNO BN TURUN KECAWANGAN MASING MASING?

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Sabah. Pernahkah pemimpin UMNO dan BN pusat turun padang kesetiap cawangan mereka dalam dua puluh lima bahagian parlimen dalam negeri ini sejak awal tahun 2024 lepas?, jika pernah berapa orang lagi kehadiran ahli ahli mereka diperingkat cawngan setiap pertemuan rasmi parti mereka bagi membuktikan kesetiaan mereka keatas parti.

Antara lontaran orang setia penyokong UMNO BN Sabah ketika kunjungan pemimpin UMNO di Putatan beberapa hari lalu, kekuatan UMNO BN adalah kesetiaan ahli ahli diperingkat cawangan amnya para penduduk yang berganding bahu dengan para pemimpin cawangan menghidupkan kekuatan UMNO BN setempat.

Tidak dinafikan pejuang UMNO pusat bagai tidak terhenti berkerja mendampingi rakyat jelata setiap kali jelajah mereka menemui segenap penduduk bandar dan luar bandar, namun tidak dapat dipastikan keseluruhan ahli umno diperingkat cawangan dalam 25 bahagian Umno Sabah sejauh mana jumlah ahli yang setia sehingga masa kini.

Menurut warga kampung dalam Sabah, sejak GRS dilancarkan ramai penduduk Sabah menyertai perjuangan mereka dengan slogan Sabah Untuk Sabah, terlalu ramai ahli bukan sahaja dari UMNO malah ada juga dari ahli beberapa parti berpusat Semananjung  Malaysia turut menjadi ahli dalam GRS.

Sebagai langkah drastik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri wajar menyusun jentera menemui setiap cawangan UMNO Sabah ada berapa ahli setia yang tinggal ujar ahli UMNO Sabah yang teguh setia.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan