Isnin, 22 April 2024

PN BERTAMBAH SOKONGAN

Oleh. Gifkir Aming

Kuala Lumpur. Perjuangan kompenen Perikatan Nasional bertambah mantap diseluruh negara sebaik satu lagi parti politik India Malaysia menjadi gabungan mereka. 

Ketabahan dan kekuatan para pemimpin Perikatan Nasionaal menjadi perhatian para pemimpin parti politik lain sebagai rakan seperjuangan menjelang pilihan raya akan datang,  tidak hairan lah ada yang menjadi ahli gabungan dalam PN namun berkhidmat didalam kerajaan perpaduan masa kini peringkat negeri berjawatan setaraf wakil rakyat tanpa disedari penduduk dalam negeri terlibat.

Antara gabungan Perikatan Nasional ialah Parti Gerakan, Pas, Bersatu dan SAPP serta Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) yang diterajui SP. Punithan merangkap Presiden Parti

SAPP dan PAS memiliki lantikan ADUN dalam kerajaan negeri Sabah masa kini 2024 namun semua warga Sabah mungkin selamba tidak mengetahui SAPP dan PAS adalah kompenen Perikatan Nasional masa kini, tidak hairan lah PN seluruh negara yakin memperolehi sokongan padu sama ada dalam pilihan raya negeri mahupun pilihan raya parlimen pada masa akan datang tanpa memperincikan nya.

Sejauh manakah kesedaran rakyat dalam arena politik negara hanya jiwa masing masing yang menentukan pilihan mereka diseluruh negara, tidak ada sebarang paksaan bagi setiap warga Malaysia bagi memilih halatuju  politik mereka didalam jangkamasa panjang walau dimana negeri mereka bermastautin tetap.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan