Sabtu, 6 April 2024

PELIK TAPI BENAR TAMBANG BERUBAH RUBAH

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Kota Kinabalu. Benarkah kadar kos TAMBANG BUS lain harga siang hari dan lain harga petang hingga ke malam bagi tahun 2024. 

Ini merupakan isu besar yang diluahkan oleh beberapa pengguna pengangkutan awam berikutan kadar tambang bus mini berbeza, pagi hingga jam 3.50 petang murah manakala jam 4.00 hingga malam mahal seperti notis yang dilekat pada bus mini mereka.

Menurut orang ramai adakah kadar tambang ini mendapat kelulusan dari Menteri Pengangkutan Malaysia YB. Look Siew Fook atau Kerajaan Negeri Sabah sendiri?, jika tidak memperolehi kelulusan mengapa pihak berkuasa tempatan membiarkan pemandu atau pemilik bus mini berkenaan sesuja hati melakukan seumpama tegas mereka.

Kru Media Terkini turut diberi salinan gambar notis yang dilekatkan pada cermin dalam bus mini bagai satu perintah kepada setiap penumpang membayar pada pihak pemandu, semua pengguna pengangkutan awam Kota Kinabalu meminta Menteri Pengangkutan Malaysia turun padang menyiasat kes tersebut di Menggatal entah sudah berapa lama ianya mereka lakukan. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan