Isnin, 15 April 2024

PERMAUFAKATAN TIDAK MEMILIH AGAMA

(Berita Ringkas) 

(Gambar Sekadar Hiasan)

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Permaufakatan warga dalam negeri ini masih terpelihara dalam setiap sambutan perayaan tanpa mengira bangsa dan agama, ianya mampu dibezakan menerusi perbezaan bahasa dalam setiap pertemuan namun kemesraan dan permaufakatan jelas terpancar.

Perbezaan etnik dan agama masih mampu dikenali walau

dimana juga berada didalam negeri ini sebaliknya ia bukan penghalang warga negeri ini kearah bermaufakat, yang membezakan diri mereka adalah perbezaan makanan khususnya umat Islam dengan lain lain agama yang menjadi keutamaan permakanan halal disisi ugama Islam.

Pada perayaan Aidilfitri kerajaan Sabah baru baru ini amat terpancar kemeriahan serta permaufakatan mereka (pengunjung) mend-
epani semua orang yang mengunjungi perayaan tersebut

Ada juga warga yang saling bertukar salam setiap pengunjung walau berbeza bangsa dan agama namun masih saling mengenali dan bertegur sapa, ini satu perkara menarik untuk dihuraikan bagi masyarakat Sabah sendiri berikutan dakwaan beberapa warga Sabah yang mengaku diluar himpunan perayaan pesta ada yang langsung tidak sambut telipon panggilan ujar watga tempatan.

Apapun situasi seumpama diharap mendapat perubahan bagi merealisasikan perpaduan dan permaufakatan sesama insan secara berkekalan, bukan sahaja dalam himpunan perayaan malah setiap masa warga sejagat menemui atau menghubungi kita wajar disambut atau diterima secara penuh keiklasan. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa keluludan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan