Rabu, 10 April 2024

SIAPAKAH PENGEMIS INI?

 Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Warga yang melawat negeri ini terkilan melihat peminta sedekah tidak berhenti setiap hari tanpa cacat celah nya anggota tubuh badan mereka, ianya melibatkan lelaki dan wanita termasuklah kanak kanak kecil yang diperalatkan bagi meraih simpati orang ramai sekeliling. 

Isu peminta sedekah ini langsung tidak dihiraukan walau tiap hari sentiasa dilihat dilorong lorong pejalan kaki tepi bangunan kedai, malah ada juga peminta sedekah bergerak berjalan kaki  berpindah randah menyelusuri lorong lorong kedai mengharap duit warga dihulur ke kotak dalam tangan nya 

Peminta sedekah dalam Sabah dilaporkan banyak dikuasai warga asing tanpa ada seorangpun ambil perhatian kes seumpama,  tidak hairan lah jika warga asing terlalu banyak sehingga  memenuhi pelbagai lorong melakukan kerja mengutip derma.  

Peminta Sedekah juga memiliki pelbagai cara bagi memperolehi wang pemberian orang ramai tanpa segan silu walaupun setiap hari melakukan nya, ini lah kemelut  warga yang kerap meminta sedekah silih bertukar ganti dalam Sabah namun bagai sukar dikesan dalam negeri ini jelas penduduk tempatan yang ditemui. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan