Rabu, 10 April 2024

WARGA ASING BIJAK BERLAKON

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Kemelut warga asing terlalu bijak berlakon dengan menjadi pengemis memperalatkan kanak kanak kecil raih simpati orang Sabah setiap hari. Mereka yang bertukar ganti lelaki dan wanita dilaporkan berbadan sihat namun sengaja mahu 

berkerja meminta sedekah sebagai kerja muda tanpa menggunakan tenaga mereka jelas orang Sabah prihatin. 

Selain dari peminta sedekah ada juga penjual ikan basah yang dilaporkan bergerak dalam kenderaan tidak berdaftar menutup peniaga ikan dipasar ikan yang berlesen, amat membimbangkan ialah penjual ikan basah terlibat tidak berdaftar SIRIM ALAT SUKAT TIMBANG mereka membuatkan orang ramai terpedaya membelinya.

Menurut sebilangan warga Sabah, ramai penduduk negeri tersebut  gagal menilai warga asing serta penduduk tempatan yang merebut peluang perniagaan secara bergerak, selain dari itu peniaga orang asing secara bergerak dalam Sabah lebih menjadi tumpuan orang tempatan berbanding orang sendiri yang berniaga ujar mereka.

Kemelut penduduk Sabah yang tidak mengenali warga asing juga satu kes yang sukar memilih urus niaga belian antara orang Tempatan dan Orang Asing, hanya bila ditangkap pihak berkuasa baharu lah dikesan mereka orang asing termasuklah pemegang Kad Pengenalan Palsu memandangkan semasa bergerak bebas mereka mengaku orang tempatan.

Apapun  kes seumpama warga Sabah perlu peka melihat disekeliling mereka dari peminta sedekah dan peniaga orang asing agar tidak terjebak memberi sokongan pada mereka,  hanya dengan kesedaran orang Sabah sahaja yang mampu membezakan golongan penduduk tempatan disamping orang asing termasuklah PATI guna dokumen palsu. 

Isu isu warga asing tanpa dokumen hanya terbongkar apabila dari Sabah pergi ke Semananjung Malaysia tertangkap disana, selain dari itu ada juga tersangkut didalam operasi bersepadu semua jabatan peng-
uatkuasa melakukan operasi serentak baharu dikesan pemegang Kad Pengenalan palsu yang berpuluh tahun berlagak sebagai orang Sabah.

Srmua yang tertangkap ini mung-
kin pernah juga sama sama duduk sebilangan penduduk asli Sabah santai santai kopi kopi namun tidak menduga adalah orang asing yang guna IC Palsu milik orang lain, kini peminta sedekah juga wajar diperhatikan oleh orang Sabah mengapa mereka bebas berkeliaran mengemis secara bergerak tanpa mencari kerja jika mereka penduduk tempatan. 

Sesuatu yang baharu perlu dipelajari oleh warga Sabah agar tidak terjebak menjadi penghidup orang asing dalam memberi sedekah pada pengemis, selain dari itu jangan terpedaya dengan peniaga bergerak tanpa kelulusan mereka berniaga dari kerajaan Malaysia mahupun kerajaan negeri yang mereka duduki. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan