Selasa, 30 April 2024

DEMONTRASI JALANAN MENENTANG ISRAEL

Oleh. Huzera Ben

United Kingdom. Generasi muda mudi kian berani tunjuk perasaan menentang kezaliman Israel keatas Gaza, Rafah dan Iran tanpa henti sehingga hari ini. 

Penunjuk perasaan melaungkan supaya Israel menghentikan serangan keatas umat Islam menduduki Gaza, Rafah dan Rakyat Iran yang tidak berdosa, ada juga penunjuk perasaan mempertikaikan Israel yang hidup tanpa perikemanusiaan dengan membunuh sesuka hati umat Islam. 

Selain dari itu, kumpulan penunjuk perasaan bukan sahaja muda mudi Islam malah disertai pelbagai agama dan bangsa sebagai menunjukan solideriti tekanan terhadap Israel, namun zionis Israel terus mengganas menyerang pelbagai sudut Gaza, Rafah dan Iran bagai tidak menghiraukan tekanan negara negara kuasa besar diseluruh dunia akibat dokongan Amerika Syarikat. 

Sehingga berita ini ditulis  belum ada tanda tanda Israel menghentikan serangan keatas Gaza dan Rafah walaupun berkala menyerang Iran yang disifatkan keangkuhan Israel. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan