Sabtu, 27 April 2024

EMPAT PENJURU CALON SIAPA PECAH PENGUNDI?

Oleh. Koijul Hairol

Selangor. Pertandingan empat penjuru PRK Dun Kuala Kubu Baharu pasti memecahkan pengundi diantara PN dan PERPADUAN jika calon dari BEBAS dan PARTI RAKYAT MALAYSIA berjaya meraih sokongan pengundi kawasan tersebut. 

Langkah calon yang bertanding bagi parti kecil seperti PRM dan BEBAS wajar menemui segenap lapisan rakyat setempat disamping mencari akbar harian menerangkan misi dan Visi mereka terhadap seluruh pengundi di dun KKB jika terpilih wakil rakyat. 

Bagi PERPADUAN dan PERIKATAN NASIONAL mereka punya akbar sendiri untuk diagih kepada warga KKB sepanjang pilihan raya kecil setempat tanpa susah memcari nya, namun calon calon perseorangan Bebas dan PRM wajar bertungkus lumus memberi kefahaman kepada seluruh pengundi sebelum berakhir kempen PRK Kuala Kubu Baharu.

Calon Kerajaan Perpaduan dan Calon Perikatan Nasional sudah sedia jentera penyebaran perjuangan mereka setiap masa berbanding calon PRM dan BEBAS yang mungkin peluang penyiaran akbar terhad bagi mereka ujar warga KKB hari ini.

Hanya calon BEBAS dan PRM yang perlu bijak mencari Akbar mereka sehingga 10 Mei 2024 agar semua warga KKB mampu melihat mesej mereka kepada seluruh rakyat jelata setempat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan