Sabtu, 20 April 2024

PENUNGGANG DAN PEMBONCENG TIDAK PATUH UNDANG UNDANG

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Isu penunggang dan pembonceng Motorsikal biasanya sengaja tidak memakai Helmet walaupun bergerak dijalan raya yang sebuk dengan kenderaan pelbagai jenis. 

Bayangkan lah jika separuh penunggang dan pembonceng motorsikal dalam negeri ini bersikap seumpama tidak memakai helmet terutama sekitar pekan pekan yang jarang memiliki pasukan keselamatan melakukan pemantauan, ini menyebabkan golongan penunggang dan pembonceng Motorsikal berkenaan naik tocang terus membelakangkan undang undang yang ditetapkan setiap kali bergerak diatas jalan raya walaupun berisiko kehilangan nyawa bersama.

Ini diterangkan beberapa orang warga Sabah yang kerap sekali melihat penunggang dan pembonceng Motorsikal bergerak diatas jalan raya tanpa memakai HELMET walaupun dicelah celah kenderaan lain yang bergerak laju namun mereka selamba sahaja bergerak ditengah kenderaan yang lain. 

Kejadian seumpama bukan perkara baharu namun ramai penduduk negeri ini dilaporkan lebih suka diam membisu tanpa membantu membenteras perbuatan para penunggang dan pembonceng Motorsikal ujar orang ramai yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan