Isnin, 15 April 2024

CABARAN SERANGAN IRAN ISRAEL

Oleh. Huzera Ben

Lubnan. Perang Iran Israel jelas sukar dihentikan jika badan dunia tidak bertindak mengambil tindakan tegas keatas Israel yang sering memulakan permusuhan dengan setiap negara Islam. 

Sengketa dengan negara Islam tidak pernah hilang dalam teraju 
kerajaan Israel, sehingga lah siapa sahaja yang lantang mengutuk mereka pasti dijadikan musuh tegar sepanjang masa.

Antara pandangan warga Islam diseluruh timur tengah berhubung kekejaman Israel yang berusaha menawan seberapa banyak negara Islam walau dengan pelbagai cara sekalipun.

Sehingga berita ini ditulis pertempuran Iran dan Israel belum lagi berhenti bagaikan Israel terus mempamerkan kekuatan tanpa ada negara kuasa besar memberi halangan serta  menghentikan serangan Israel. 

Sudah tiba masa nya negara negara  pimpinan umat Islam wajib bersatu bagi menentang kezaliman yang ditunjuk oleh Israel sebagai langkah pembasmian kekuatan negara negara Islam serantau.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan