Ahad, 7 April 2024

MENGAPA ALLAH DIPERSENDA MASA KINI?

Oleh. Basron Kirwan

Pahang. Umat Islam seluruh negara mengharap agar kerajaan Malaysia amnya setiap negeri agar memantau rapi perbuatan mempamerkan tulisan kalimah Allah pada Tapak Kasut yang viral hari ini.

Berdasarkan maklumat tidak sengaja pihak penggubah kasut ianya tidak boleh diterima memandangkan setiap logo perlu didaftarkan jika untuk dijual, malah adalah mustahil penggubah kasut terlibat tidak peka dengan kes kalimah Allah dalam negara Malaysia apa tak lagi belum reda kes stoking timbul pula kasut terlibat.

Menurut umat Islam dalam negara ini, hanya warga asing yang baharu dalam negara ini mungkin tidak tahu Islam sebagai agama rasmi dalam Malaysia, namun selaku berniaga didalam negara ini adalah mustahil semua suku kaum dalam negara Malaysia tidak mengetahui kalimah Allah tidak boleh dijadikan logo untuk pakaian umum.

Sehubungan dengan paparan ini seluruh warga Malaysia terutama para pengendali perniagaan supaya jangan mempergunakan kalimah Allah dalam apa juga pakaian jualan umum, hormati lah perkataan kalimah Allah walau dimana juga berada atau berniaga didalam negara ini demi menghormati agama Islam sebagai ugama rasmi diseluruh negara.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus, penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan