Jumaat, 19 April 2024

RAMAI MELIHAT NAMUN HANYA MEMBISU

"Sedihnya Peniaga Pasar Berlesen Dikawasan Parlimen Sepanggar Sabah Dikepung Peniaga Ikan Dalam Kenderaan Entah Darimana Mereka Perolehi Lesen Peniaga Diluar Pasar Ikan Tidak Sampai 10 Meter Pun Jaraknya" 

Oleh. Basron Kirwan 

Sepanggar.  Ramai bijak berbicara namun silap didepan mata sekadar membisu seribu bahasa sehingga peniaga berlesen hampir tutup kedai.

Pelik tapi benar kebanyakan warga setempat sanggup menyokong peniaga yang tidak berdaftar berbanding peniaga yang membayar lesen bulanan,  namun bila ditegur bukan main bijak berbicara sedikitpun tidak mengalah walaupun orang asing mungkin jadi peniaga tetap juga mereka sokong.

Keluhan beberapa penjual ikan pasar kawasan parlimen Sepanggar yang terhimpit peniaga ikan diluar pasar ikan menggunakan van setiap hari tanpa berlesen tegas mereka.

Menurut peniaga ikan dalam pasar, bayangkan penjual ikan lalam van diluar pasar ikan memulakan perniagaan mereka bermula jam 3 petang hingga malam, masa seumpama orang ramai balik dari pekerjaan mereka terus sahaja membeli ikan diluar pasar tanpa masuk kedalam pasar menyebabkan peniaga pasar ikan rugi besar ujar mereka.

Peniaga ikan dipasar ikan mendakwa ikan mereka sampai 2 hari tidak terjual dan terpaksa dibuang selepas mula memucat, namun pihak berkuasa jarang sekali melakukan pemantauan sama juga seperti penjual rokok seludup penduduk tempatan ramai yang melangganinya tiap hari.

Peniaga Ikan dalam pasar ikan kesal sikap penduduk tempatan yang mendambakan serta memberi sokongan peniaga tanpa lesen berbanding peniaga berlesen, kes seumpama bukan perkara baharu malah bertahun tahun sudah ianya berlaku namun belum juga ada kesedaran penduduk tempatan menjauhi peniaga orang asing.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan