Selasa, 30 April 2024

PENIAGA BERGERAK BAGAI KULAT SELEPAS HUJAN

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Peniaga senang berjalan setiap hari antara bandar dan pekan meraih ratusan ringgit keuntungan  tanpa membayar sebarang lesen terhadap pihak berkuasa tempatan, namun jika penduduk bumiputera  yang berniaga seumpama dibandar atau pekan adakah mereka dibebaskan seperti peniaga yang meragukan status mereka. 

Kes seumpama dilaporkan para aktivis tempatan serta masyarakat bumiputera yang kesal kebanjiran mereka berniaga meragukan, malah peniaga terlibat bebas masuk mana mana kedai kopi dan makan bagi mereka mempamerkan kekebalan berniaga didalam kedai orang berlesen.

Masyarakat asli Sabah juga mendedahkan kumpulan peniaga asing memasuki kedai kopi bagai kilat menghilangkan diri  jika penguatkuasa melakukan pemantauan, namun apa yang peniaga kedai tidak berkenan  dengan sikap peniaga bergerak adalah tidak langsung meminta kebenaran memasuki permis kedai mereka. 

Aktiviti berniaga cara bergerak dilaporkan bebas keluar masuk dalam permis kedai orang tanpa meminta keizinan sehingga pelanggan kedai kopi merasa tidak tenteram perbuatan mereka, tidak hairan lah majoriti peniaga bergerak umpama mereka yang bergelar pemimpin atau taukeh kedai sejak  beberapa tahun yang lalu.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat Iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan