Jumaat, 12 April 2024

AKIBAT TERABAI MASIH RAMAI ORANG KAMPUNG GUNA CARA INI AMBIL AIR SUNGAI

"Orang Luar Bandar Ramai Guna Ini Ambil Air Pada Kawasan Anak Sungai Tadahan Air, Ini Disebabkan Tidak Mampu Membina Tembok Takungan Air Dengan Bata Serta Simen Sebab Kos Terlalu  Tinggi" 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Ekoran banyak terabai pembaikan air paip luar bandar rakyat terpaksa gunakan PANCURAN BAMBU tanpa bantuan pihak betkuasa tempatan, amat terasa sekali ialah sepanjang musim kemarau lalu dimana pusat pencarian air berpindah pindah akibat kemarau tanpa PAIP PVC akhirnya bambu diguna menadah air disungai.

Lebih kurang 2 bulan kemarau berlaku di Sabah hampir mengeringkan air diluar bandar namun jarang sekali pegawai pihak berkuasa tempatan melawat sumber air orang kampung, tidak seorang pun tahu mengapa  para pegawai pihak berkuasa tempatan  termasuklah segelintir pemimpin parti politik bahagian sukar dihubungi bagi mendapat ulasan lanjut. 

Kemelut kemarau panjang berbulan di Sabah menjadi sejarah orang kampung terpencil terpaksa mencari BAMBU BAGI MEMBUAT PANCURAN sampai ke tangki kosong, jika tidak guna cara bambu entah bila pihak berkuasa tempatan dan pemimpin politik bahagian turun padang bagi membantu air orang kampung.

Sehubungan dengan paparan ini, pihak berkuasa tempatan serta pemimpin parti politik bahagian sama sams turun padang  melihat orang kekeringan air diluar bandar tanpa simpati dihulur kepada rakyat termiskin luar bandar.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan