Ahad, 7 April 2024

SERANGAN KEATAS MARITIM GIAT DIBURU

Oleh. Basron Kirwan

Tawau. Pasukan Maritim Malaysia Malaysia yang diserang diperairan Pangi Kunak memerlukan kesiapsiagaan setiap

masa, selain dari itu perairan pantai timur Sabah juga perlu ditingkatkan kawalan anggota tentera laut, udara dan darat bagi membenteras semua penceroboh yang tidak berhenti  henti menyerang pasukan keselamatan yang mengawal perairan pantai timur  Sabah.

Dalam serangan terbaru 2 anggota Maritim Malaysia cedera mata dan tangan akibat tembakan yang dilapor penceroboh atau penyeludupan, kejadian tersebut terlalu pantas sehingga pihak Maritim gagal mengenal pasti kumpulan pelaku namun ianya disifatkan penduduk asal orang Sabah sebagai perairan pantai timur masih tidak selamat jika kurang berwaspada.

Menurut sebilangan orang asal Sabahan, ramai tidak memandang kehadapan betapa susahnya mengawal lautan pantai timur berikutan dipercayai wujud musuh dalam selimut selaku pemberi maklumat golongan penceroboh, ada sahaja kelonggaran dan kelekaan sedikit dilautan musuh dalam selimut akan memberi isyarat terhadap kumpulan yang mahu memasuki negeri Sabah dengan pelbagai tujuan jelas mereka.

Dalam konteks ini hanya satu sahaja langkah yang digunakan secara kekal ialah meletak Tentera Darat, Laut dan Udara berkhidmat disetiap Zon Tawau, Lahad Datu dan Sempurna sepanjang masa dengan penggiliran setiap 2 bulan.

Hanya tentera sahaja yang mampu mendepani penceroboh dari negara jiran yang terkenal dengan sebutan pengganas tanpa perikemanusiaan. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan