Ahad, 14 April 2024

WARGA TAJIKISTAN FASIH CAKAP MELAYU

"Kekuatan Bahasa Melayu Cukup Tinggi Sehingga Insan Luar Negara, Sanggup Berhabis Mempelajari Bahasa Tersebut Sebagai Penguasaan Insan Serantau" 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur.  Anak rantau yang membesar di negara ini sanggup mempelajari bahasa Malaysia pelbagai loghat demi menguasai bahasa serantau, anehnya ada pula orang dalam negara ini langsung tidak mahu berbahasa ibunda demi mempamerkan bahasa English mereka walaupun tidak  seberapa berbanding anak Tajikistan tertera.

Menurut orang ramai, ada sebilangan kecil dalam Malaysia yang sememangnya anak watan namun perbualan bahasa setiap hari adalah bahasa English bagai lupa bahasa sendiri, namun bagi warga Tajikistan ini lebih aktif berbahasa Melayu dengan warga Malaysia sendiri tanpa mempamerkan bahasa luar penggunaan harian nya sebagai satu kebanggaan nya.

Sabrina Abdulloeva 25 tahun mengakui kepakaran beliau berbahasa Melayu tanpa rasa segan dengan bahasa serantau walaupun berasal dari Tajikistan, kebanggaan beliau berbahasa Melayu wajar dicontohi setiap bangsa warga orang Malaysia termasuklah Sarawak dan Sabah demi agenda bahasa ibunda sendiri.

Sama sama kita memelihara bahasa Melayu sebagai keperluan pergaulan harian sesama warga Malaysia melainkan berbual para pelancong asing, sikap menghormati bahasa ibunda Melayu wajar diamalkan sesama warganegara Malaysia setiap masa tanpa mengabaikan nya demi bahasa asing.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan