Sabtu, 3 Ogos 2024

WARGA PENGGUNA KECIWA BUS MINI

Oleh. Basron Kirwan

Penduduk Kota Kinabalu meminta pihak berkuasa menghentikan setiap bus mini menguasai Bus Stop sebagai terminal tetap sepanjang masa, Sebilangan Pemandu Bus Mini Di Kawasan Kota Kinabalu Sabah Mengeluarkan Asap Banyak Di Bus Stop  Jika orang ramai tidak menaiki bus mini mereka. 

      Perbuatan seumpama adalah satu ugutan terhadap orang awam yang enggan menaiki Bus Mini dipandu warga yang meragukan disetiap bus stop daerah Kota Kinabalu, malah semua orang awam warga asli Sabah didaerah Kota Kinabalu wajar bersatu meneliti Bus Mini Orang Asli Sabah Diberi Sokongan Untuk Dinaiki ujar orang ramai hari ini.  

        Menurut warga asli di Kota Kinabalu, terlalu ramai Bus Mini Disewakan Oleh Pemandu Yang Meragukan Sehingga Menguasai Semu Bus Stop Sepanjang Jalan, anehnya pemandu orang asli Sabah yang tidak suka bergaduh terpaksa mengalah dengan berjalan kosong akibat perbuatan pemandu menyewa meragukan Bus Mini dalam daerah Kota Kinabalu.

         Pengguna pengangkutan Bus Mini wajar berani bersuara jika tidak mahu diperhambakan oleh pemandu meragukan dengan berbaris disetiap bus stop tiap hari, malah orang awam asli Sabah memiliki kuasa bagi memilih Bus Mini dipandu golongan pemandu mempunyai kelengkapan pemanduan pengangkutan awam berbanding pemandu yang meragukan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan